Di Malaysia, ATALIAN merupakan rakan kongsi Harta Maintenance, syarikat pembekal Pengurusan Kemudahan Berintegrasi yang terkemuka di Malaysia dan, berpengalaman melebihi 35 tahun di dalam bidang pengurusan fasiliti. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Harta dan ATALIAN berkisar di sekitar 5 bidang perkhidmatan yang utama: Pengurusan Kemudahan, Pembersihan, Penyelenggaraan Teknikal, Pelandskapan dan Pengurusan Tenaga.
ORGANISASI PENGURUSAN FASILITI GLOBAL YANG TERKEMUKA
Dengan kejayaan usaha sama pada tahun 2016, penggabungan diantara Atalian dan Servest telah membentuk Atalian Servest, yang kini merupakan salah satu organisasi perkhidmatan FM terbesar di dunia. Sehingga hari ini, Atalian Servest telah mempunyai lebih dari 125 000 orang pekerja di seluruh dunia dan beroperasi di 32 buah negara dan 4 benua.
Gandingan Atalian dan Servest dengan kombinasi lebih daripada 90 tahun pengalaman dalam sektor Pengurusan Fasiliti. Atalian Servest mampu menawarkan penyelesaian yang lebih spesifik bagi memenuhi keperluan pelanggan yang kian berkembang di pelbagai sektor.
Lebih daripada 32 000 pelanggan sudah meletakkan kepercayaan mereka pada Atalian Servest,dan bakal menghasilkan perolehan tahunan sebanyak 2.695 bilion euro (2018). Atalian Servest menyediakan perkhidmatan kepada syarikat swasta dan awam, beroperasi dalam pelbagai persekitaran yang berbeza:
> Fasiliti: pejabat, tapak pengeluaran, kemudahan awam, runcit, hospital
>Sektor: Perkhidmatan korporat, Pembuatan, Runcit, Pemprosesan Makanan, Pengedaran dan Logistik, Penjagaan Kesihatan, Pengangkutan, Farmaseutikal
Rangkaian perkhidmatan yang disediakan oleh Atalian Servest:
-
Pengurusan Fasiliti
-
Pembersihan
-
Penyelenggaraan Teknikal
-
Kawalan Serangga
-
Keselamatan
-
Hospitaliti
-
Khidmat Sambutan Tetamu
-
Pelandskapan
-
Pengurusan Tenaga
